BERITA TERKINI   Kerugian bersih Berjaya Corporation berkurangan kepada RM340.36 juta pada Tahun Kewangan 2026 daripada RM541.97 juta pada 2025 | Keuntungan bersih RHB Bank meningkat kepada RM807.15 juta pada suku kedua Tahun Kewangan 2026 daripada RM803.50 juta pada tempoh yang sama tahun lepas | AUKU dimansuhkan untuk beri ruang mahasiswa bersuara secara bebas, kembang pemikiran kritis - PM Anwar | Kerajaan peruntuk RM200,000 untuk selenggara IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam - PM Anwar | Kerajaan setuju untuk sediakan peruntukan elaun Tingkatan Enam dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar | 

Saham Petronas Gas Naik 0.45 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) naik 0.45 peratus dalam dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih yang lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026, semalam.

Pada 10.59 pagi, harga saham PGB meningkat lapan sen kepada RM17.66 sesaham, dengan 21,500 saham diniagakan.

Syarikat infrastruktur gas dan utiliti berpusat itu memaklumkan ia mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM453.33 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 daripada RM450.19 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ad Banner

Bagaimanapun, hasil bagi suku berkenaan susut 5.6 peratus kepada RM1.50 bilion daripada RM1.59 bilion sebelumnya, berikutan hasil yang lebih rendah daripada segmen utiliti susulan penurunan jumlah jualan disebabkan aktiviti penyelenggaraan berjadual.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner