BERITA TERKINI   Umat Islam perlu jadi contoh melalui akhlak, amanah dan integriti - PM Anwar | Keupayaan UiTM melahirkan golongan profesional Bumiputera bukan lagi retorik, tetapi satu realiti - Sultan Selangor | Liga Super: Sabah FC 2-0 Penang FC | 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet dilaporkan selamat susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China - KLN | Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 pada 30 Ogos ini di PICC, Putrajaya ditetapkan pada 2 petang - Kementerian Perpaduan Negara | 

IOI Corp Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM1.68 Bilion Pada Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd (IOI Corp) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM1.68 bilion daripada RM1.52 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disokong oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan berasaskan sumber dan perladangan. 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, kumpulan itu memaklumkan bahawa pendapatan meningkat kepada RM11.78 bilion berbanding RM11.33 bilion sebelumnya. 

Menurut IOI Corp, segmen pembuatan berasaskan sumber mencatatkan keuntungan sebanyak RM348.4 juta pada tahun kewangan 2026 berbanding RM128.4 juta pada tahun kewangan 2025. 

Ad Banner

Selain itu, tidak termasuk kerugian nilai saksama sebanyak RM58.5 juta ke atas instrumen kewangan derivatif, keuntungan asas segmen itu melonjak sebanyak 173 peratus kepada RM406.9 juta daripada RM149.1 juta. 

Ini terutamanya didorong oleh sumbangan margin yang lebih tinggi daripada subsegmen penapisan dan oleokimia serta sumbangan yang lebih kukuh daripada syarikat bersekutu. 

Keuntungan segmen perladangan pula meningkat sebanyak lapan peratus kepada RM1.71 bilion berbanding RM1.58 billion pada tahun kewangan 2025. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada masa sama, kumpulan itu menjangkakan harga minyak sawit mentah terus kekal kukuh pada tahun kewangan 2027 di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesan fenomena cuaca El Nino terhadap pengeluaran minyak sawit di Malaysia dan Indonesia. 

IOI Corp turut menjangkakan pengeluaran tandan buah segar akan meningkat dalam peratusan satu digit yang sederhana pada tahun kewangan 2027 apabila program penanaman semulanya di Sabah memasuki tahun ketujuh. 

“Dengan tinjauan positif kami terhadap harga minyak sawit mentah, kami menjangkakan segmen perladangan kami akan mencatatkan prestasi kewangan yang baik pada tahun kewangan 2027,” katanya. 

Dalam pada itu, lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat kedua sebanyak 7.0 sen sesaham, yang akan dibayar pada 25 September 2026.

Ini menjadikan jumlah dividen yang diisytiharkan bagi tahun kewangan 2026 kepada 12.5 sen sesaham, iaitu meningkat berbanding 10.5 sen pada tahun kewangan 2025. 

-- BERNAMA