BERITA TERKINI   Piala FA: Kelantan Red Warrior 0-0 Kuching City FC | Piala FA Perak FA 0-1 KL City | Seorang bekas menteri ditahan bagi bantu siasatan isu Tabung Haji, dijangka direman esok - SPRM | Piala FA: UM Damansara United 1-4 JDT | KPK harap Belanjawan 2027 tumpu perkukuh sektor agrikomoditi, khususnya tingkatkan pendapatan pekebun kecil dan daya saing industri - Noraini | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Tumpuan Kini Kepada Keputusan Kadar Faedah AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ekoran prestasi lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah AS.

Hal ini disebabkan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Kevin Warsh yang menyifatkan kadar inflasi masih terlalu tinggi di Simposium Jackson Hole baru-baru ini.

Ad Banner

Ahli Strategi Global Quintex Intel Stephen Innes berkata harga emas ditutup rendah disebabkan peniaga di London terus menjual emas sebaik sahaja pasaran mula dibuka dengan kebarangkalian kenaikan kadar faedah AS kembali meningkat melebihi 65 peratus.

“Ini telah menyekat buat sementara waktu kegiatan pembelian oleh pelabur runcit yang mula pulih selepas kejatuhan tiga peratus pada Jumaat,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengaitkan trend itu disebabkan pelabur mengubah pegangan mereka dan bukannya perubahan besar dalam prospek emas.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Peniaga kini sedang menunggu data penggajian bukan ladang (NFP) pada Jumaat ini, yang merupakan petunjuk penting potensi kecenderungan menaikkan kadar faedah oleh Fed sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),” katanya.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta September 2026 susut kepada US$4,385.70 setiap auns troy daripada US$4,602.00 setiap auns troy pada Jumaat lalu, manakala Oktober 2026 turun sedikit kepada US$4,401.90 setiap auns troy daripada US$4,619.30 setiap auns troy.

Kontrak November 2026 turun kepada US$4,417.80 setiap auns troy daripada US$4,635.50 setiap auns troy, manakala Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing jatuh kepada US$4,425.60 setiap auns troy daripada US$4,643.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 117 lot daripada 347 lot Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 164 kontrak daripada 415 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,562.75 setiap troy auns berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 28 Ogos, 2026.

-- BERNAMA