BERITA TERKINI   Operasi pembenihan awan di Sarawak: Kelompok awan dikesan ketika ini tidak sesuai untuk operasi berkenaan - Fahmi | Sambutan Hari Malaysia diteruskan di BCCK, namun acara luar bangunan dibatalkan susulan keadaan jerebu - Fahmi | Petronas bersedia untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia hampir 2.0 juta boe/h hingga 2028 - tengku Muhammad Taufik | Kerjasama AirAsia dengan Pegasus Airlines akan membuka akses ke 160 destinasi merentasi 56 negara melalui rangkaian gabungan kedua-dua syarikat penerbangan itu | AirAsia akan meningkatkan kekerapan penerbangan Kuala Lumpur-Istanbul daripada empat kepada tujuh penerbangan setiap minggu menjelang Februari 2027 | 

Silver Lifestyle Perluas Rangkaian, Buka Cabin Cafe Bean Here! Di BSAS

IPOH, 2 Sept (Bernama) -- Silver Lifestyle Sdn Bhd (Silver Lifestyle), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), terus memperluas rangkaian perniagaan makanan dan minuman (F&B) menerusi pembukaan Cabin Café Bean Here! di Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS), Meru Raya, di sini.

Ketua Eksekutif PKNPk Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata pembukaan kafe berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha PKNPk mengoptimumkan penggunaan aset sedia ada bagi menjana nilai ekonomi yang lebih besar kepada negeri dan masyarakat setempat.

"Bagi PKNPk, pembangunan aset bukan sekadar membina atau memiliki kemudahan fizikal, tetapi bagaimana aset tersebut dimanfaatkan untuk memberi nilai tambah kepada negeri dan masyarakat setempat.

Ad Banner

"BSAS telah dikenali sebagai lokasi rekreasi dan riadah, dan kita mahu potensi tersebut terus dikembangkan. Kehadiran Cabin Café Bean Here! menambah satu lagi pilihan kepada pengunjung.

"Melalui Silver Lifestyle, kita juga mahu membina rantaian nilai yang lebih kukuh dalam sektor makanan dan minuman, di samping membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pembangunan kemahiran kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia," katanya dalam kenyataan.

Selain BSAS, Silver Lifestyle turut memperluas operasi di beberapa lokasi strategik termasuk Perak Techno Trade Centre (PTTC), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Meru Raya, Hotel Casuarina@Meru dan UniKL Ipoh, dengan pendekatan yang disesuaikan mengikut lokasi serta keperluan pelanggan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengarah Silver Lifestyle Nur Ismail Mohammed berkata pembukaan Cabin Café Bean Here! di BSAS merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk memperluas jenama Bean Here! secara berperingkat.

"Kami mahu Bean Here! dikenali sebagai jenama kopi tempatan yang dekat di hati masyarakat dan berupaya berkembang secara mampan.

"Kami juga mengalu-alukan institusi yang berminat untuk meneroka peluang kerjasama bersama Bean Here!," katanya.

Majlis pembukaan Cabin Café Bean Here! itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak Loh Sze Yee pada 29 Ogos lepas.

Mengangkat konsep kabin santai dalam persekitaran rekreasi, Cabin Café Bean Here! BSAS menawarkan pilihan makanan dan minuman yang ringkas serta sesuai untuk pengunjung yang melakukan aktiviti riadah di kawasan berkenaan.

Lokasinya turut menjadi persinggahan pengunjung selepas aktiviti seperti berjoging dan bersenam atau menghadiri acara di sekitar BSAS, selain menyediakan ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

Cabin Café Bean Here! dibuka kepada pengunjung setiap Rabu hingga Ahad, dari 4 petang hingga 12 tengah malam.

-- BERNAMA