BERITA TERKINI   Malaysia akan perkenal langkah transformasi tangani jerebu rentas sempadan tahun depan - Arthur | Malaysia rancang meterai MoU dengan Indonesia, Singapura, Kemboja dalam bidang filem, animasi, muzik, persembahan konsert - Fahmi | Malaysia, Singapura, Kemboja bincang kerjasama perkongsian data industri kreatif termasuk filem dan persembahan artis - Fahmi | Sukan Para Asia 2026: Atlet para olahraga negara, Wong Kar Gee raih emas acara lompat jauh T12 | Bacaan IPU dikeluarkan JAS kekal sebagai rujukan tentukan kualiti udara negara - Arthur | 

Pasaran Getah Diniagakan Dalam Julat Kecil Dengan Cenderung Sedikit Rendah Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjur kekal diniagakan dalam julat kecil dengan kecenderungan sedikit rendah pada minggu depan, kata pakar industri.

Denis Low memberitahu hal ini memandangkan penawaran dan permintaan secara umumnya kekal seimbang di tengah-tengah ketidaktentuan harga minyak mentah serta kebimbangan berpunca daripada ketegangan geopolitik.

Ad Banner

Katanya, konflik yang berpanjangan di Asia Barat terus mengganggu kegiatan perdagangan dan industri serta mewujudkan ketidaktentuan manakala serangan terbaharu melonjakkan harga minyak mentah kira-kira empat peratus untuk berlegar-legar sekitar US$94.20 setong.

“Harga minyak yang lebih tinggi menyebabkan harga dan kos kembali melonjak,” katanya kepada Bernama.

Menurut Low pasaran juga harus kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan harga minyak mentah dan dolar Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan harga dan permintaan getah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Turun naik yang begitu ketara sebegini mendedahkan pelbagai ketidaktentuan dan mungkin menuntut sikap berhati-hati serta kebimbangan pada masa yang sama,” jelasnya.

Dari pihak penawaran, Low berkata ribut petir dan hujan lebat secara tidak menentu menjejaskan beberapa kawasan pengeluar getah walaupun keadaannya belum cukup teruk untuk mengganggu bekalan getah secara ketara.

“Malah, banyak kawasan mempunyai keadaan cuaca yang baik sekali gus menyebabkan peningkatan penawaran untuk memasuki pasaran. Justeru, kita perlu memantau corak perubahan iklim ini dari semasa ke semasa untuk menanganinya dengan lebih baik,” tambahnya.

Low berkata Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat setempat di seluruh Thailand manakala cuaca berjerebu dijangka berterusan di Malaysia sehingga minggu depan.

Berdasarkan perkembangan ini, Low mengunjurkan pasaran getah akan mengikut jejak julat dagangan kecil minggu lepas dengan harga, penawaran dan permintaan kekal seimbang tetapi cenderung untuk berada pada paras sedikit rendah.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 5.0 sen kepada 958.5 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen kepada 690.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA