BERITA TERKINI   KDN serah urusan berkaitan kedudukan Ketua Pengarah AKPS kepada KSU KDN dan KSN – Saifuddin Nasution | JPN keluarkan 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt , Johor tertinggi sebanyak 31,392 kad - Saifuddin Nasution | Generasi tahfiz perlu kuasai, cipta teknologi masa depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan tahfiz perlu lahirkan ilmuwan, pemimpin masa depan – Ahmad Zahid | Adinda Sultan Terengganu,Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Kuala Lumpur - Dato’ Pengelola Bijaya Diraja | 

Vestland Raih Projek Tembok Dwifungsi Bernilai RM263.73 Juta Di Kelantan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Vestland Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Vestland Infra Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada Johnson Fluid Engineering Sdn Bhd untuk projek tembok dwifungsi bernilai RM263.73 juta di Kelantan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pembinaan itu memaklumkan kontrak berkenaan melibatkan kerja-kerja pembinaan dan penyiapan tembok cerucuk kepingan dwifungsi serta kerja-kerja berkaitan termasuk kerja struktur dan jambatan di Sungai Golok, Kelantan.

“Kerja-kerja kontrak itu dijangka siap pada 14 April, 2028, dengan tarikh mula pada 21 Sept, 2026,” tambahnya.

Ad Banner

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Bersama Vestland Datuk Liew Foo Heen berkata kontrak itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha pengembangan strategik syarikat ke dalam sektor pembangunan mitigasi banjir dan infrastruktur.

“Ia memperkukuh keupayaan kami dalam sektor ini, sekali gus meletakkan kumpulan pada kedudukan strategik untuk membida projek infrastruktur dan projek daya tahan iklim yang lebih besar serta kompleks.

“Kami komited untuk menyempurnakan projek ini dengan jayanya dan menyumbang kepada usaha menangani isu banjir yang sekian lama berlarutan di kawasan berkenaan,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut Vestland, kontrak terbaharu itu menjadikan jumlah kontrak yang diperoleh bagi tahun kewangan 2026 kepada RM1.1 bilion dan nilai perolehan kontrak dalam tangan yang belum dilaksanakan kepada RM1.5 bilion, sekali gus mengukuhkan keterlihatan pendapatan syarikat.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak berkenaan, tambahnya.

-- BERNAMA