BERITA TERKINI   KDN serah urusan berkaitan kedudukan Ketua Pengarah AKPS kepada KSU KDN dan KSN – Saifuddin Nasution | JPN keluarkan 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt , Johor tertinggi sebanyak 31,392 kad - Saifuddin Nasution | Generasi tahfiz perlu kuasai, cipta teknologi masa depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan tahfiz perlu lahirkan ilmuwan, pemimpin masa depan – Ahmad Zahid | Adinda Sultan Terengganu,Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Kuala Lumpur - Dato’ Pengelola Bijaya Diraja | 

CBH Engineering Peroleh Kontrak RM88.05 Juta Bina 'Consumer Landing Station' 275kV

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- CBH Engineering Holding Bhd (CBH) memperoleh kontrak bernilai RM88.05 juta untuk mereka bentuk dan membina consumer landing station (CLS) 275kV bagi pusat data di Selangor.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini CBH memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, CBH Engineering Sdn Bhd menerima surat setuju terima bertarikh 14 Ogos 2026, daripada Syarikat A, yang namanya tidak dapat diumumkan susulan perjanjian kerahsiaan. 

“Syarikat A diperbadankan di Malaysia sebagai sebuah syarikat sendirian berhad mengikut saham dan terlibat terutamanya dalam aktiviti menyediakan infrastruktur untuk pengehosan, perkhidmatan pemprosesan data dan aktiviti berkaitan,” maklum syarikat itu.                            

Ad Banner

Menurut CBH, kontrak yang bermula 13 Ogos, 2026 itu dijangka selesai pada 12 Mei, 2027. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner