BERITA TERKINI   KDN serah urusan berkaitan kedudukan Ketua Pengarah AKPS kepada KSU KDN dan KSN – Saifuddin Nasution | JPN keluarkan 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt , Johor tertinggi sebanyak 31,392 kad - Saifuddin Nasution | Generasi tahfiz perlu kuasai, cipta teknologi masa depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan tahfiz perlu lahirkan ilmuwan, pemimpin masa depan – Ahmad Zahid | Adinda Sultan Terengganu,Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Kuala Lumpur - Dato’ Pengelola Bijaya Diraja | 

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Yang Terjejas Akibat Letusan Anak Krakatau

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- AirAsia menyambung semula penerbangan ke dan dari destinasi yang terjejas akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Menurut syarikat penerbangan itu, lapangan terbang tersebut ditutup sementara sejak 6 September disebabkan oleh keadaan awan akibat abu gunung berapi daripada letusan.

Ia sekali gus menimbulkan ancaman kepada pesawat untuk beroperasi di sekitar ruang udara gunung berapi itu.

Ad Banner

“Berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, selepas ia ditutup sementara sejak 6 September 2026, AirAsia akan menyambung semula perkhidmatan yang terjejas ke dan dari Jakarta, kecuali dua penerbangan pada 8 September 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dua penerbangan yang terjejas ialah QZ178 dari Jakarta (CGK) ke Bandar Lampung (TKG) dan QZ179 dari Bandar Lampung ke Jakarta.

Menurut AirAsia, semua penumpang yang terjejas telah dimaklumkan mengenai status penerbangan dan pilihan perjalanan masing-masing, sambil menambah bahawa ia sedang berusaha untuk memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan mereka dengan selamat dengan menaiki penerbangan seterusnya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Oleh itu, AirAsia menasihatkan penumpang yang mengembara ke atau dari destinasi yang terjejas untuk menyemak status penerbangan terkini di laman webnya di airasia.com/flightstatus, berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

-- BERNAMA