BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup lebih tinggi hari ini, dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencapai paras tertinggi baharu untuk 2026 dan paras tertinggi sejak 15 Februari 2017, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh. 

Peniaga berkata niaga hadapan Jepun meningkat, disokong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi dan harga semerta yang lebih kukuh di rantau pengeluar utama, walaupun yen yang lebih kukuh mengehadkan keuntungan. 

Ad Banner

“Petunjuk ekonomi dan automotif China yang lebih kukuh turut menyokong sentimen, manakala permintaan kenderaan domestik yang lebih lemah di China mengehadkan keuntungan,” tambahnya. 

Pada 3 petang, harga SMR 20 meningkat 22 sen kepada 1,007.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menambah lima sen kepada 705.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner