BERITA TERKINI   Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang ke negara asal sejak Januari 2026 - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah Menjejaki COMEX AS

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Pada penutup, kontrak semerta bulan September 2026 susut kepada US$4,404.70 setiap auns troy daripada US$4,419.40 setiap auns troy pada Isnin, manakala kontrak Oktober 2026 berkurang kepada US$4,420.10 setiap auns troy daripada US$4,435.60 setiap auns troy semalam. 

Kontrak November 2026 merosot kepada US$4,434.70 setiap auns troy daripada US$4,452.50 setiap auns troy, manakala kontrak Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 menyusut kepada US$4,442.50 setiap auns troy daripada US$4,460.30 setiap auns troy sebelumnya. 

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurang kepada 296 lot berbanding 320 lot semalam, manakala kepentingan terbuka susut kepada 346 kontrak daripada 378 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,404.15 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 7 September 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner