BERITA TERKINI   Piala FA: Star City FC 2-0 Kedah FA (agregat 4-2) | Piala FA: Kuching City FC 5-1 Kelantan Red Warrior FC (agregat 5-1) | Piala FA: JDT 10-0 UM-Damansara United (agregat 14-1) | Bapa kepada Dr Ainul Baroah, Kamaruddin Salleh sahkan anaknya meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak | Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar bersama 14 ketua cawangan umum letak jawatan dan keluar parti serta-merta | 
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Sept Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa di tengah-tengah jangkaan tahap eksport yang lebih rendah.

Bagaimanapun, Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata keadaan cuaca kering pada masa ini yang berpotensi menjejaskan hasil dalam jangka pertengahan, dilihat sebagai menyokong pasaran.

Ad Banner

“Kami mengunjurkan paras harga sokongan lebih RM4,900 satu tan manakala paras rintangan pada RM5,050 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak bulan semasa September 2026 dan Oktober 2026 masing-masing turun RM10 kepada RM4,688 dan RM4,806 satu tan manakala November 2026 susut RM2 kepada RM4,976 satu tan.

Kontrak Disember 2026 sebaliknya menokok RM5 kepada RM5,115 satu tan, Januari 2027 naik RM10 kepada RM5,224 satu tan dan Februari 2027 meraih RM7 kepada RM5,301 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 120,701 lot daripada 91,019 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 336,966 kontrak daripada 337,392 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi September Selatan tidak berubah pada RM4,700 satu tan.

-- BERNAMA