BERITA TERKINI   Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | Jerebu: PdPR dilaksanakan ikut kesesuaian, ambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di daerah Batu Pahat, Johor ditutup sementara bermula hari ini sehingga keadaan kembali selamat - KPM | Arahan henti aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan serta-merta di kawasan bacaan IPU lebih 100 - KPM | 

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Techna-X

KUALA LUMPUR, 9 Sept  (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Techna-X Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Dalam satu kenyataan, bursa itu memaklumkan syarikat pembuatan bateri berkenaan ditegur kerana gagal menerbitkan laporan tahunannya merangkumi penyata kewangan tahunan beraudit bersama-sama dengan laporan juruaudit dan pengarah bagi tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Disember, 2025 (AR 2025) menjelang 30 April, 2026.

Bursa itu memaklumkan Techna-X hanya menerbitkan AR 2025 pada 8 Mei, 2026, iaitu selepas lewat selama lima hari urus niaga.

Ad Banner

Techna-X juga gagal memastikan laporan suku tahunan keenamnya bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember, 2025, yang diumumkan pada 27 Februari, 2026, mengambil kira pelarasan yang dinyatakan dalam pengumuman syarikat bertarikh 14 Mei, 2026.

Menurut Bursa Malaysia, Techna-X turut dihendaki menjalankan semakan terhad terhadap penyerahan laporan suku tahunannya, dengan semakan terhad itu perlu dilaksanakan oleh juruaudit luar syarikat bagi tempoh empat suku tahun, bermula selewat-lewatnya daripada laporan suku tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 September, 2026.

Syarikat itu juga perlu memastikan pengarah dan pegawai berkaitan menghadiri program latihan mengenai pematuhan terhadap keperluan berkenaan, terutamanya yang berkaitan dengan penyata kewangan, serta memastikan lembaga pengarahnya meneliti dan menilai kecukupan dan kecekapan sumber kewangan serta perakaunan syarikat, termasuk dasar dan prosedur pelaporan kewangannya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Walaupun Bursa Malaysia tidak mendapati mana-mana pengarah Techna-X yang menyebabkan atau membenarkan pelanggaran yang dilakukan oleh syarikat, kami ingin menegaskan dan mengingatkan mereka bahawa adalah menjadi tanggungjawab lembaga pengarah untuk mengekalkan standard tanggungjawab dan akauntabiliti yang sewajarnya dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan," tambah kenyataan itu.

-- BERNAMA