BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | ⁠Syarikat guna AI perlu jadikan kepercayaan sebagai kelebihan daya saing, bukan sedar pematuhan - Teo | Strategi AI Malaysia perlu berpaksikan rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada keupayaan pengkomputeran, produktiviti - Teo | Malaysia perlu jadi hab pembangunan AI serantau, bukan sekadar pengguna - Teo | Nahas helikopter FDS: Proses bedah siasat lima mangsa belum selesai setakat 5 petang ini - Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketegangan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.82 mata, atau 0.51 peratus, kepada 1,705.52 daripada paras penutup 1,714.34 pada Rabu.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 1.64 mata kepada 1,712.70 dan bergerak antara paras 1,701.68 dan 1,713.08 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran juga negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 657 berbanding 532, sebanyak 515 kaunter tidak berubah, 1,127 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.98 bilion unit bernilai RM3.14 bilion daripada 3.66 bilion unit bernilai RM3.49 bilion pada Rabu.

Ad Banner
Ad Banner

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran terjejas sekali lagi apabila serangan yang semakin meningkat di sekitar Selat Hormuz telah mendorong harga minyak mentah Brent melonjak lebih daripada 3 peratus kepada US$101.30 setong, sekali gus membangkitkan semula kebimbangan berlaku satu lagi kejutan inflasi.

Beliau berkata pelabur terus mengambil pendekatatan berhati-hati memandangkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan harga tenaga yang melambung tinggi, yang boleh terus menjejaskan sentimen pasaran.

"Walaupun harga minyak mentah tinggi dijangka memihak kepada kaunter minyak dan gas terpilih dan mungkin memberikan sedikit sokongan tidak langsung kepada saham perladangan, kos tenaga yang berterusan tinggi boleh meningkatkan tekanan kos merentasi sektor lain.

"Dalam keadaan ini, kami menjangkakan FBM KLCI akan kekal berada dalam fasa stabil dengan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati ketika mereka menunggu gambaran lebih jelas mengenai konflik Asia Barat dan tinjauan kadar faedah AS," katanya kepada Bernama.

Thong berkata minat terpilih mungkin terus tertumpu pada saham tenaga, teknologi dan kaunter lain yang mencatatkan pendapatan yang kukuh.

Pada masa yang sama, keseluruhan pasaran mungkin terus dipengaruhi oleh pergerakan minyak mentah dan hasil Perbendaharaan AS.

"Dengan ketiadaan pemangkin domestik baharu dan dengan ketidakpastian luaran yang terus membebankan sentimen, kami menjangkakan FBM KLCI  kekal dalam fasa penstabilan, diniagakan dalam jajaran 1,700-1,715 menjelang hujung minggu," katanya.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.46, Public Bank turun empat sen kepada RM4.85, CIMB menambah satu sen kepada RM7.92. Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM13.72, dan IHH Healthcare berkurangan tiga sen kepada RM7.89.

Dalam kalangan saham yang diniagakan aktif, Zetrix AI susut dua sen kepada 25 sen, Top Glove menambah 13.5 sen kepada 76.5 sen, Ni Hsin turun 2.5 sen kepada 27.5 sen, Careplus menokok 1.5 sen kepada 9.0 sen dan Luster Industries meningkat setengah sen kepada 3.5 sen.

Kaunter paling untung utama diterajui Petronas Dagangan, yang melonjak 36 sen kepada RM20.66, manakala United Plantations menokok 30 sen kepada RM33.30, Petronas Chemicals menambah 27 sen kepada RM4.82, Kerjaya Prospek naik 24 sen kepada RM3.52 dan Hengyuan Refining meningkat 23 sen kepada RM3.39.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Nestle turun RM1 kepada RM92, Telekom susut 18 sen kepada RM8, Kuala Lumpur Kepong berkurangan 16 sen kepada RM22.74, Sarawak Oil Palms merosot 14 sen kepada RM6.04 dan MBM Resources menyusut 13 sen kepada RM4.88.

Di papan indeks, Indeks FBM70 menambah 36.04 mata kepada 17,900.60, Indeks FBM ACE meningkat 14.78 mata kepada 5,312.44, Indeks FBM Emas susut 41.86 mata kepada 12,639.15, Indeks FBMT turun 41.73 mata kepada 12,438.23 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 4.20 mata kepada 12,502.70.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 143.44 mata kepada 19,904.11, Indeks Perladangan turun 0.85 mata kepada 9,449.11, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan sedikit 0.82 mata kepada 188.88, tetapi Indeks Tenaga naik sedikit 0.91 mata kepada 819.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.45 bilion unit bernilai RM2.81 bilion daripada 2.34 bilion unit bernilai RM3.19 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 978.99 juta unit bernilai RM137.68 juta daripada 771.97 juta unit bernilai RM115.92 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 557.55 juta unit bernilai RM188.69 juta daripada 547.35 juta unit bernilai RM191.50 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 394.75 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (336.03 juta), pembinaan (103.48 juta), teknologi (666.58 juta), perkhidmatan kewangan (67.76 juta), hartanah (120.04 juta), perladangan (51.97 juta), amanah pelaburan hartanah (19.90 juta), dana tertutup (14,500), tenaga (110.19 juta), penjagaan kesihatan (444.53 juta), telekomunikasi dan media (29.66 juta), pengangkutan dan logistik (40.26 juta), utiliti (64.81 juta), dan amanah perniagaan (31,000).

-- BERNAMA