BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

BSN Perluas Akses Perbankan Perniagaan Untuk Usahawan Mikro Dan Penjaja

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan BSN BizGrow dan BSN BizGrow+ untuk memperluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro di Malaysia termasuk penjaja. 

Menurut institusi kewangan nasional itu dalam kenyataan, BSN BizGrow dan BSN BizGrow+ dirangka untuk memenuhi keperluan operasi usahawan yang berkembang dengan menawarkan perkhidmatan merangkumi pengurusan transaksi harian, pembayaran digital dan akses terhadap kemudahan perbankan.

“Melalui BSN BizGrow dan BSN BizGrow+, kami memudahkan mereka untuk mendapatkan akses kepada penyelesaian yang diperlukan menerusi pengalaman perbankan yang lebih mudah dan bersepadu. 

Ad Banner

“Sama ada mereka sedang mengambil langkah pertama atau bersedia untuk fasa pengembangan seterusnya, kami mahu BSN menjadi rakan perbankan yang boleh berkembang bersama mereka,” kata Pemangku Ketua Eksekutif BSN Mujibburrahman Abd Rashid.

Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan, katanya BSN kekal komited untuk memperluas akses kepada penyelesaian kewangan yang relevan dan menyokong lebih banyak perniagaan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital dengan yakin.

BSN BizGrow menyediakan akses kepada akaun perniagaan, Term Deposit-i, pembayaran tanpa tunai DuitNow QR, penyelesaian Terminal POS dan perbankan internet BSNeBiz. 

Ad Banner

Pemilik tunggal dan penjaja yang layak turut boleh mendapatkan kad debit perniagaan BSN Visa, yang membolehkan pembayaran perniagaan dan pengeluaran tunai dilaksanakan di dalam dan luar negara, dengan transaksi dipantau dan diurus melalui BSNeBiz. 

BSN BizGrow+ dirangka untuk perusahaan kecil dan sederhana serta organisasi bukan individu yang lain, dengan menawarkan akaun perniagaan, Term Deposit-i, DuitNow QR, penyelesaian Terminal POS, perbankan internet BSNeBiz dan Skim Penggajian. 

-- BERNAMA