BERITA TERKINI   17 kerusi baharu DUN Sarawak tidak sempat digunakan pada Pilihan Raya Negeri akan datang - Pengerusi SPR | SPR terima 18 bantahan terhadap kajian semula persempadanan negeri Sarawak setakat ini - Pengerusi SPR | 

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

MISC naik  21 sen kepada RM7.98, Petronas Chemicals menambah 10 sen kepada RM4.59 dan IHH Healthcare naik tujuh sen kepada RM8.07.

Ad Banner

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.29 mata kepada 1,677.72 daripada paras 1,676.43 yang dicatatkan pada Rabu.

Indeks penanda aras itu yang dibuka rendah 1.98 mata pada 1,674.45, bergerak dalam julat 1,671.48 hingga 1,679.47 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 586 berbanding 374 manakala 490 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,451 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung dagangannya.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan sebanyak 1.83 bilion unit bernilai RM1.16 bilion.

Apex Securities Bhd dalam satu nota penyelidikan memaklumkan bahawa kaunter utiliti mungkin terus menjadi tumpuan dalam persekitaran pasaran lebih berhati-hati, disokong oleh permintaan elektrik berdaya tahan, pelaburan grid yang sedang berjalan serta prospek pendapatan agak stabil dan kukuh.

Sementara itu, saham perbankan juga mungkin menarik minat, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang sihat dan kualiti aset kukuh, walaupun tekanan margin mungkin berterusan susulan prospek kadar faedah sentiasa berubah.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa beliau menjangkakan indeks penanda aras itu akan bergerak dalam julat 1,670 hingga 1,685, dengan pergerakan tersebut dipengaruhi oleh tahap ketidaktentuan pasaran yang semakin meningkat.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB naik dua sen masing-masing kepada RM10.16 dan RM7.95, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.84 dan IHH Healthcare menokok tujuh sen kepada RM8.07, manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM13.10.

Bagi saham aktif, Zetrix AI merosot setengah sen kepada 18 sen dan V.S Industries berkurangan satu sen kepada 24 sen, manakala Aimax dan Computer Forms kedua-duanya melonjak setengah sen masing-masing kepada 1.5 sen dan 9.5 sen, NexG pula menokok tiga sen kepada 29.5 sen.

Nestle mendahului kaunter paling untung, naik RM2.14 kepada RM91.64, MISC meningkat 21 sen kepada RM7.98, manakala UMS Integration dan Ajinomoto melonjak 20 sen masing-masing kepada RM8.60 dan RM19.46 dan Sarawak Oil Palms menambah 11 sen kepada RM5.96.

Bagi kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries turun 96 sen kepada RM43.62, Petronas Gas merosot 22 sen kepada RM17.28, MI Technovation dan Dutch Lady Milk Industries menguncup 20 sen masing-masing kepada RM5.93 dan RM30.20 dan Unisem berkurangan 16 sen kepada RM4.58.

Di papan indeks pula, Indeks FBM 70 susut 53.57 mata kepada 17,780.23, Indeks FBM Emas merosot 3.10 mata kepada 12,474.25,  Indeks FBM Top 100 berkurangan 2.43 mata kepada 12,265.16,  Indeks FBM Emas Shariah menguncup 0.45 mata kepada 12,319.77 dan Indeks FBM ACE turun 27.73 mata kepada 5,399.68.

Prestasi sektor menyaksikan  Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.16 mata kepada 185.11, Indeks Perladangan menambah 18.87 mata kepada 9,428.67, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 21.44 mata kepada 19,599.22 dan Indeks Tenaga merosot 0.35 mata kepada 850.10.

-- BERNAMA