BERITA TERKINI   Potensi pelaburan dari China merangkumi sektor semikonduktor, AI, robotik, EV, bioteknologi dan peranti perubatan termaju - PM Anwar | Malaysia raih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China - PM Anwar | 17 kerusi baharu DUN Sarawak tidak sempat digunakan pada Pilihan Raya Negeri akan datang - Pengerusi SPR | SPR terima 18 bantahan terhadap kajian semula persempadanan negeri Sarawak setakat ini - Pengerusi SPR | 

Malaysia Kekal Terbuka Kepada Pelaburan China Dalam Teknologi - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan terus terbuka kepada pelaburan serta kerjasama China dalam bidang teknologi digital yang mampu membawa pelbagai manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis perasmian Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima di sini pada Khamis, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memuji kesediaan kerajaan China untuk mengetengahkan serta berkongsi aspek teknologi itu menerusi pelbagai platform.

Ad Banner

“Daripada makanan hingga ke teknologi baharu serta sebagai negara tuan rumah, China sepertimana menjadi hos secara digital pada hari ini, telah mempamerkan kesediaan untuk mengetengahkan serta berkongsi teknologi.

“Ini bertepatan dengan ekonomi digital dan (atas alasan ini) Malaysia akan terus membuka ekonominya bagi meraih manfaat daripada pelaburan serta kerjasama digital. Terima kasih kerana turut membenarkan kami mempamerkan pavilion Malaysia, termasuk penyertaan daripada China,” kata Anwar.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut berkongsi kelebihan Malaysia, termasuk aspek disiplin dan kemahiran barisan pekerjanya yang menguasai pelbagai bahasa selain ekonomi berasaskan peraturan serta pangkalan yang berupaya menembusi pasaran di serata Asia dan kawasan lain.

Ad Banner
Ad Banner

Anwar turut menyambut baik pendirian tegas Presiden China Xi Jinping mengenai kepentingan perdagangan digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam membantu mengurangkan jurang ketidaksamaan dan bukannya memburukkan lagi keadaan.

Memetik peribahasa Cina “sekuntum bunga yang mekar sendirian tidak berupaya menghasilkan musim bunga; (sebaliknya) apabila banyak bunga mekar bersama, barulah taman dipenuhi keindahan musim bunga,” Anwar menekankan sebarang kemajuan hanya menjadi sia-sia jika manfaatnya dinikmati oleh segelintir negara, syarikat, komuniti atau golongan elit tertentu.

“Ekonomi digital yang kukuh merujuk kepada keadaan yang membolehkan lebih banyak negara dapat mengambil bahagian, lebih banyak syarikat dapat bersaing dan lebih ramai orang mampu menikmati kemakmuran itu,” tegas Perdana Menteri.

Ekspo selama lima hari di Pusat Konvensyen dan Pameran Besar Hangzhou, telah dirasmikan oleh Li dan menjadi antara platform ekonomi digital utama China yang mengetengahkan AI dan kerjasama global.

Perdana Menteri berada di China sempena lawatan kerja selama tiga hari beliau ke Shanghai and Hangzhou yang berakhir hari ini.

Lawatan kerja itu termasuk mesyuarat dua hala peringkat tinggi dengan Li selain sesi pertemuan dengan pemimpin dan kapten industri China.

-- BERNAMA