BERITA TERKINI   Perbincangan lanjut cadangan ECRL akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan - PM Anwar | Malaysia, China setuju cadangan sambung ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan - PM Anwar | Potensi pelaburan dari China merangkumi sektor semikonduktor, AI, robotik, EV, bioteknologi dan peranti perubatan termaju - PM Anwar | Malaysia raih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Dolar AS Yang Lebih Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada logam berharga itu.

Strategis global SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas mengalami tekanan apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat melebihi paras 101 mata.

Ad Banner

"Faktor lain yang menyumbang kepada tinjauan penurunan harga emas termasuk bacaan Indeks Pengurus Pembelian AS yang kukuh, harga minyak lebih tinggi, peningkatan ketara dalam hasil Perbendaharaan AS dan sentimen risiko lebih lemah," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta September 2026 susut kepada US$4,263.90 setiap auns troy daripada US$4,319.30 pada Rabu, manakala Oktober 2026 merosot kepada US$4,273.10 daripada US$4,336.30 semalam.

Kontrak November 2026 berkurangan kepada US$4,289.80 setiap auns troy daripada US$4,353.00 pada Rabu, manakala Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 kesemuanya menguncup kepada US$4,297.60 setiap auns troy daripada US$4,360.80  setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 268 lot daripada 217 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 328 kontrak berbanding 274 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,284.45 setiap auns troy pada penetapan petang London Bullion Market Association (LBMA) pada 23 September, 2026.

-- BERNAMA