Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin.
Pada 9.45 pagi, kontrak September 2026 menambah 1.0 mata kepada 1,662.5, Oktober 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,659.5, Disember 2026 naik 4.0 mata kepada 1,668.0 dan Mac 2027 menokok 2.5 mata kepada 1,650.0.
Jumlah dagangan sebanyak 18,207 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 75,849 kontrak.
Pada 9.49 pagi, FBM KLCI menurun 1.71 mata kepada 1,669.91 daripada 1,671.62 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA