BERITA TERKINI   JPJ sedia kaunter Mobile JPJ di KSAB, BSI mudahkan urusan pembayaran saman melibatkan bukan warganegara - Loke | MOT, JPJ akan ambil tindakan perundangan bagi mendapatkan keseluruhan tunggakan daripada Kumpulan MYEG - Loke | Kumpulan MYEG gagal langsai tunggakan pindahan kutipan hasil kerajaan sebanyak RM314 juta sejak 19 Mei hingga 30 Sept 2026 - Loke | Aplikasi MyJPJ akan diperkasa, ciri baharu dilancar bulan depan - Loke | Polis akan lengkapkan kertas siasatan susulan video tular melibatkan Ketua Pengarah AKPS di KLIA - Saifuddin Nasution | 

LKAN: Nisbah Hutang Persekutuan Kepada KDNK Naik 65.2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Nisbah Hutang Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 0.7 peratus kepada 65.2 peratus pada 2025 daripada 64.5 peratus pada 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Menurut laporan itu, hutang statutori Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.295 trilion pada 2025, terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Bil Perbendaharaan Islamik.

“Nisbah hutang statutori kepada KDNK menunjukkan trend peningkatan dari tahun 2023, iaitu dari 62 peratus kepada 63.9 peratus.

Ad Banner

“Nisbah ini masih berada di bawah had hutang statutori, iaitu 65 peratus seperti yang ditetapkan dalam Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had Statutori Wang yang diterima) 2022,” katanya.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner