BERITA TERKINI   Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | Penggunaan AI, ekonomi digital perlu keseimbangan elak isu sosial - Fahmi | Tiada keperluan isi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya – Pengerusi SPR | Cadangan keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen akan dipertimbangkan pada 13 Okt ini - Azalina | Kerjasama FINAS-Jabatan Insolvensi perluas akses penggiat industri kreatif kepada perkhidmatan insolvensi, bantuan guaman dan mediasi - Azalina | 

RM514.85 Bil Hutang Persekutuan Matang Dalam 1-5 Tahun - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sejumlah RM514.855 bilion atau 39 peratus daripada keseluruhan RM1,320.776 bilion hutang Persekutuan akan matang dalam tempoh satu hingga lima tahun berdasarkan kedudukan pada 31 Dis, 2025, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Sejumlah RM313.398 bilion atau 23.7 peratus pula akan matang dalam tempoh enam hingga 10 tahun, manakala RM492.523 bilion atau 37.3 peratus akan matang dalam tempoh 11 tahun dan ke atas.

Hutang Persekutuan merupakan baki hutang Kerajaan Persekutuan bagi pinjaman dalam negeri, pinjaman luar negeri dan bantuan luar negeri, tidak termasuk hutang agensi atau syarikat kerajaan.

Ad Banner

Menurut Ketua Audit Negara, hutang Persekutuan meningkat RM73.16 bilion atau 5.9 peratus kepada RM1.32 trilion pada 2025 daripada RM1.25 trilion pada 2024.

Bagaimanapun, kadar pertumbuhan hutang Persekutuan menunjukkan trend menurun, daripada 10.2 peratus pada 2022 kepada 5.9 peratus pada 2025.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner