BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 1-0 Vietnam | Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | Penggunaan AI, ekonomi digital perlu keseimbangan elak isu sosial - Fahmi | Tiada keperluan isi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya – Pengerusi SPR | Cadangan keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen akan dipertimbangkan pada 13 Okt ini - Azalina | 

Perbelanjaan Pembangunan RMK12 Catat RM397.85 Bilion Setakat 31 Disember 2025 - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mencatatkan jumlah sebanyak RM397.85 bilion setakat 31 Disember, 2025, tidak melebihi siling peruntukan diluluskan sebanyak RM415 billion.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 memaklumkan berdasarkan data Akaun Muktamad daripada Sistem MyProjek diperoleh daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebanyak 9,578 projek pembangunan direkodkan setakat akhir 2025.

"Daripada 9,578 projek tersebut, sebanyak 7,548 projek adalah di bawah RMK12, manakala baki 2,030 projek merupakan projek sambungan daripada Rancangan Malaysia terdahulu, iaitu 1,602 projek di bawah RMK11, 358 projek di bawah RMKe-10 dan 70 projek di bawah RMK9.

Ad Banner

"Sebanyak 3,120 projek (32.6 peratus) daripada keseluruhan projek pembangunan RMK12 berada pada peringkat pasca pelaksanaan; 2,208 projek (23 peratus) dalam peringkat pra pelaksanaan; 4,057 projek (42.4 peratus) di peringkat dalam pelaksanaan; dan 193 projek (2.0 peratus) meliputi 115 projek berstatus simpan dalam perhatian dan 78 projek berstatus batal," menurut laporan itu.

Menurut LKAN, sebanyak 3,120 projek berstatus pasca pelaksanaan iaitu projek telah siap dan dimanfaatkan selaras dengan objektif pembangunannya. 

Projek tersebut terdiri daripada 1,750 projek Sektor Sosial, 1,129 projek Sektor Ekonomi, 150 projek Sektor Keselamatan dan 91 projek Sektor Pentadbiran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA