BERITA TERKINI   Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi, perkukuh hubungan bilateral. | Pengerusi BN Ahmad Zahid terima surat peletakan jawatan MB Negeri Sembilan - Setiausaha Agung BN | Tiada tarikh akhir ditetapkan ASEAN, China untuk tamatkan rundingan COC Laut China Selatan - PM Anwar | Kerajaan kekal stabil, tumpu pentadbiran bukan spekulasi rombakan Kabinet - PM Anwar | Malaysia dan China setuju tingkat kerjasama AI, pemindahan teknologi untuk perkukuh ekonomi ASEAN - PM Anwar | 

Kerajaan Terus Tindakan Perundangan, Antarabangsa Bagi Pemulihan Maksimum Aset 1MDB

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Usaha berkenaan penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.

Setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, merangkumi bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi.

Ad Banner
Ad Banner

“Sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion,” kata MOF.

MOF menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah penambahbaikan susulan Laporan Audit Negara berhubung ketirisan dana awam, status terkini pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan besar serta pengurusan semula dana yang dipulihkan.

Berhubung status pemulihan aset dan mekanisme pengurusan semula dana berkaitan skandal kewangan, kementerian itu berkata aktiviti pemulihan terbesar pada masa ini melibatkan 1MDB.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kerajaan setakat ini telah berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berjumlah RM31.3 bilion berkaitan 1MDB,” katanya.

-- BERNAMA