BERITA TERKINI   Myanmar, Malaysia adakan dialog membina mengenai hubungan diplomatik, perluas kerjasama ekonomi - Min Aung Hlaing | Myanmar akan hantar kapal tentera ke Malaysia untuk bawa pulang warga di pusat tahanan imigresen | Isu rasuah dalam perkhidmatan awam terkawal, usaha memperkemas tata kelola diteruskan dari semasa ke semasa - KPPA | JPA sediakan pelbagai program tajaan bantu penjawat awam tingkat kelayakan akademik, kompetensi dan profesionalisme - KPPA | Lima penerbangan terjejas di Lapangan Terbang Senai akibat jarak penglihatan rendah, beberapa pesawat dilencongkan dan penerbangan lain ditangguh - Loke | 

Pengurusan Ladang Adaptif Digalak Tangani Kesan El Nino Terhadap Tanaman Sawit - Huang

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Benama) -- Kerajaan menggalakkan amalan pengurusan ladang yang adaptif, khususnya dalam aspek pengurusan air dan pemeliharaan kelembapan tanah bagi mengurangkan kesan fenomena El Niño terhadap tanaman sawit.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata antara langkah yang boleh dilaksanakan termasuklah menyelenggara sistem perparitan dan pengairan yang bersesuaian, menyediakan takungan air serta menggunakan bahan organik dan pelepah sawit sebagai sungkupan bagi mengurangkan kehilangan kelembapan tanah.

“Selain itu, amalan agronomi yang baik adalah penting bagi membolehkan tindakan pengurusan dilaksanakan lebih awal sekiranya berlaku tempoh kering yang berpanjangan.

Ad Banner

“Pendekatan pengurusan ladang yang berterusan dan responsif terhadap keadaan cuaca dapat meningkatkan daya tahan tanaman kelapa sawit terhadap tekanan iklim serta membantu mengurangkan risiko penurunan produktiviti akibat kejadian El Nino,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Roy Angau anak Gingkoi (GPS-Lubok Antu) mengenai kesan jangka panjang fenomen El Nino terhadap produktiviti dan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) serta langkah mitigasi dan bentuk sokongan berterusan bagi membantu pekebun kecil mengekalkan produktiviti dan pendapatan mereka.

Katanya tahun 2025 dilihat sebagai tempoh risiko utama terhadap pengeluaran MSM susulan kesan tertangguh daripada tekanan cuaca pada 2024.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Tahun 2026 lebih berkemungkinan menjadi tempoh pemulihan atau kesinambungan kesan bergantung pada keadaan cuaca dan pemulihan taburan hujan sepanjang tahun 2025,” katanya.

-- BERNAMA