BERITA TERKINI   Jerebu: Keputusan tutup sekolah bergantung SOP, nasihat MetMalaysia dan Kementerian Kesihatan- Fadhlina | Isu jerebu rentas sempadan dibawa ke perbincangan peringkat menteri sebelum Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan - Mohamad Hasan | Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Arab Saudi susulan pengeboman di Riyadh - Mohamad Hasan | Jordan minat teroka pemindahan teknologi semikonduktor Malaysia - Mohamad Hasan | Malaysia, Jordan teroka kerjasama strategik sektor perdagangan, pelaburan, semikonduktor, pertahanan dan pelancongan - Mohamad Hasan | 

Indeks Harga Seunit Besi Naik 0.1 Hingga 5.1 Peratus Pada September - DOSM

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 5.1 peratus di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan, DOSM berkata kenaikan tertinggi bagi indeks harga seunit besi dicatatkan di Perak sebanyak 5.1 peratus, diikuti Johor (4.8 peratus) dan Tawau (3.8 peratus).

Pada masa sama, indeks harga seunit simen meningkat antara 0.6 hingga 7.4 peratus di seluruh negara.

Ad Banner

“Kenaikan tertinggi dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sebanyak 7.4 peratus, diikuti Kuching (7.0 peratus) dan Miri (6.6 peratus),” menurut DOSM dalam laporan Siaran Khas Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan dan Struktur, September 2026.

Laporan itu memaparkan indeks harga seunit bahan binaan utama serta indeks kos bahan binaan (IKB) mengikut kategori bangunan dan kawasan.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, indeks harga seunit simen meningkat antara 0.3 hingga 1.9 peratus pada September 2026 di kawasan terpilih. Kenaikan tertinggi dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sebanyak 1.9 peratus, diikuti Kota Kinabalu dan Kuching (0.3 peratus).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaiamanpun, indeks harga seunit pasir menurun 0.7 peratus di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan, serta 0.5 peratus di Perak dan Johor.

“Sementara itu, indeks harga seunit besi turut mencatatkan penurunan pada September 2026, dengan penyusutan bulan ke bulan antara 0.2 hingga 1.6 peratus. Penurunan tertinggi dicatatkan di Johor (1.6 peratus), diikuti Sibu dan Miri (1.3 peratus),” menurut DOSM.

Harga purata simen Ordinary Portland kekal tidak berubah pada RM25.80 bagi setiap beg, kata jabatan itu.

Selain itu, harga purata seunit besi yang merangkumi bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high utensile deformed bars menurun 2.4 peratus kepada RM3,431.90 satu tan metrik pada September 2026 berbanding RM3,484.20 satu tan metrik pada Ogos 2026.

DOSM berkata IKB yang merangkumi bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia menurun antara 0.1 hingga 1.3 peratus.

Di Sabah, IKB yang merangkumi bar keluli turut menurun antara 0.1 hingga 0.7 peratus bulan ke bulan bagi semua kategori bangunan, manakala Sarawak mencatatkan penurunan antara 0.1 hingga 0.5 peratus.

-- BERNAMA