BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

RAM Holdings Umum Persaraan CEO Kumpulan, Peralihan Kepimpinan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- RAM Holdings Bhd melantik Julie Ng sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengarah Eksekutif RAM Rating Services Bhd, berkuat kuasa 1 Okt, 2026.

Pelantikan itu dibuat susulan persaraan Chris W.K. Lee sebagai CEO Kumpulan dan Pengarah Eksekutif RAM Holdings serta RAM Rating, berkuat kuasa 30 Sept, 2026, selepas berkhidmat selama 34 tahun dengan kumpulan itu.

“Ng akan terus memegang jawatan CEO RAM Ratings yang disandangnya sejak April 2024 sambil menjalankan tugas sebagai pemangku CEO kumpulan,” menurut RAM Holdings dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

Sebagai veteran industri yang mempunyai pengalaman lebih 32 tahun, Ng telah menerajui pelbagai inisiatif strategik dalam kumpulan itu, merangkumi bidang penarafan kredit, pengurusan risiko kredit, perundingan perkhidmatan kewangan, analitik data dan penyelidikan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner