BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Sepang, Kuantan, Pekan, Rompin, Tawau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup esok, 14 Okt - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok - Fadhlina | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dan STAM di Melaka diteruskan esok ikut jadual - JPN Melaka | Sekolah di Melaka kekal ditutup esok susulan jerebu - JPN Melaka | Fenomena Super El Nino dan kesan pemanasan global tahun depan dijangka pecahkan rekod suhu tertinggi negara 40.1°C - KP MetMalaysia | 

IOI Properties Masih Menilai Potensi Penyenaraian Di SGX

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusannya masih menilai inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX), tetapi tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.

Dalam menjelaskan laporan berita berhubung perkara itu, IOI Properties Group Bhd memaklumkan kenyataan yang dikaitkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Lee Yeow Seng dibuat dalam konteks pertimbangan pihak pengurusan.

Artikel bertajuk 'IOI Properties dalam rundingan untuk penyenaraian sekunder di SGX', diterbitkan oleh The Edge Malaysia dan The Edge Singapore.

Ad Banner

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusan akan terus meneliti, mengkaji dan menilai peluang yang berpotensi berdasarkan kepentingan strategiknya serta potensi manfaat kepada syarikat dan pemegang saham, termasuk akses kepada bidang kuasa berbeza untuk urus niaga sekuriti syarikat itu.

“Sebarang cadangan yang disyorkan oleh pihak pengurusan akan dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk kelulusan dan tertakluk kepada keperluan kawal selia yang berkaitan.

“Setakat tarikh pengumuman ini, potensi penyenaraian sekunder di SGX masih dalam penilaian pihak pengurusan dan tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan,” tambahnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sehubungan itu, syarikat berkenaan akan membuat pengumuman sewajarnya berhubung sebarang perkembangan material selaras dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

-- BERNAMA