BERITA TERKINI   ACLE: Pohang 0-2 JDT | Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Sepang, Kuantan, Pekan, Rompin, Tawau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup esok, 14 Okt - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok - Fadhlina | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dan STAM di Melaka diteruskan esok ikut jadual - JPN Melaka | 

Sasaran Defisit Fiskal 3.3 Peratus Pada 2027 Mampu Dicapai – Tengku Zafrul

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu mencapai sasaran defisit fiskal 3.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 sekiranya andaian Belanjawan 2027 kekal seperti dijangkakan, meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu berkata kedudukan fiskal negara menunjukkan penambahbaikan dalam tempoh tiga tahun lepas, dengan defisit fiskal menurun daripada sekitar 5.5 peratus pada 2022.

Ad Banner

“Jika kita melihat disiplin fiskal yang ditunjukkan sepanjang tiga tahun lepas, dengan defisit fiskal sekitar 5.5 peratus pada 2022, kita sedang bergerak ke arah yang betul.

“Berdasarkan hasil kerajaan dan pertumbuhan KDNK negara, kita sepatutnya mampu mencapai sasaran 3.3 peratus itu, dengan syarat keadaan geopolitik global, pelbagai cabaran dunia, harga minyak dan andaian lain yang mendasari belanjawan kekal seperti yang dijangkakan,” katanya kepada Bernama.

Tengku Zafrul, yang juga penasihat politik kanan kepada Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai belanjawan yang seimbang kerana menggabungkan insentif pelaburan dengan usaha memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan sektor perniagaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata perbelanjaan modal yang dirancang oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula berpotensi menghasilkan kesan limpahan positif kepada ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur asing.

Menurutnya, pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan institusi lain, selain perbelanjaan modal Petroliam Nasional Bhd (Petronas), memberikan isyarat positif kepada pelabur berpotensi. 

“Apabila pelabur ingin melabur di sesebuah negara, mereka mahu melihat keyakinan. Jika syarikat atau institusi tempatan turut melabur, mereka akan berasa lebih selesa dan yakin untuk berbuat demikian,” katanya.

-- BERNAMA