BERITA TERKINI   ACLE: Pohang 0-2 JDT | Lelaki Islam dipercayai lakukan ritual bertentangan hukum syarak ditahan bersama ibunya di Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - JAIS | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Sepang, Kuantan, Pekan, Rompin, Tawau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup esok, 14 Okt - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok - Fadhlina | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dan STAM di Melaka diteruskan esok ikut jadual - JPN Melaka | 

HIS TIZA Beli 30 Peratus Kepentingan Dalam Mentiga Pada Harga RM21 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- HIS TIZA Pahang Sdn Bhd (HTP) sedang memperoleh 30 peratus kepentingan dalam kumpulan perladangan dari Pahang iaitu Mentiga Corporation Bhd melalui pertimbangan tunai RM21 juta daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA).

Mentiga melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata harga pengambilalihan itu mewakili premium 72.41 peratus kepada harga pasarannya sebanyak 58 sen sesaham. Aset bersihnya yang belum diaudit berjumlah RM3.17 sesaham setakat 30 Jun 2026.

Selepas selesai, HTP akan menjadi pemegang saham kedua terbesar Mentiga, manakala ASPA, yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Pahang, akan kekal sebagai pemegang saham utama dengan pegangan 43.91 peratus.

Ad Banner

Di bawah perjanjian itu, HTP komited untuk mengekalkan sahamnya di Mentiga selama sekurang-kurangnya lima tahun, mencerminkan matlamat pelaburan jangka panjangnya.

Urus niaga itu dijangka selesai dalam tempoh 30 hari pasaran dari tarikh perjanjian penjualan saham (SSA) atau pada tarikh kemudian yang dipersetujui bersama oleh ASPA dan HTP.

HTP merupakan usaha sama 50:50 antara TIZA Global Sdn Bhd dan HIS Holdings Sdn Bhd. TIZA Global ialah syarikat pemegangan pelaburan bagi Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Bhd, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mohamad Norza Zakaria berkata HTP akan menyokong pemulihan berterusan Mentiga dengan membawa pemacu keusahawanan, pengalaman pemulihan dan peluang pertumbuhan baharu kepada lembaga pengarah serta pengurusannya.

“Mentiga mempunyai asas yang kukuh iaitu sebuah bank tanah Pahang yang besar, perniagaan perladangan yang mantap dan pemulihan yang berjalan.

“Kerajaan negeri Pahang telah meminta pelan pemulihan yang jelas untuk Mentiga. Kami mengalu-alukan peranan berterusan ASPA sebagai pemegang saham terbesar syarikat dan berharap dapat bekerjasama rapat dengannya,” katanya.

Beliau menjelaskan komitmen pegangan saham HTP selama lima tahun mencerminkan keyakinannya terhadap potensi Mentiga untuk menjadi platform yang kukuh dan mampan, mengejar peluang baharu, berkembang ke sektor pertumbuhan tinggi termasuk memberikan pulangan bermakna kepada ASPA serta pemegang kepentingannya.

HTP merancang untuk bekerjasama dengan lembaga dan pengurusan Mentiga dalam memacu produktiviti perladangan, mengukuhkan prestasi syarikat dan meletakkannya sebagai platform perladangan terkemuka di Pahang.

 

-- BERNAMA