BERITA TERKINI   PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Okt atas permintaan kepimpinan negeri, bukan isu permit atau lokasi - Fahmi | PRN Melaka: Perbincangan senarai calon PH selesai lebih 95 peratus - Fahmi | Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah, perlu maklumkan ketidakhadiran - JPWPKL | Semua institusi pendidikan bawah KPM di Kuala Lumpur beroperasi secara bersemuka esok, aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan - JPWPKL | Pelabur China berminat bawa pelaburan aluminium berskala besar ke Samalaju, Sarawak - TPM Ahmad Zahid | 

JAG Peroleh 6.17 Peratus Pegangan Dalam Metal Bank Yang Disenaraikan Di Australia

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh JAG Bhd iaitu JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd.

Metal Bank merupakan sebuah syarikat penerokaan dan pembangunan emas yang disenaraikan di Australia pada harga A$752,400 (kira-kira RM2.15 juta).

Pakar pengurusan sisa menyeluruh (TWM) dan pemulihan sumber itu menjelaskan pihaknya telah menandatangani perjanjian mengikat untuk melanggan 60 juta saham baharu Metal Bank pada harga A$0.01254 sesaham yang akan dibiayai menerusi dana dalaman.

Ad Banner

“Menerusi pelaburan itu, JAG Capital bakal menjadi pelabur teras strategik dalam Metal Bank,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

JAG memberitahu langganan berkenaan mewakili pelaburan strategik jangka panjang dengan kumpulan itu berhasrat untuk mengekalkan pegangan bukan kawalan dalam Metal Bank yang mempunyai portfolio projek emas, tembaga dan kobalt di Australia.

Hasil daripada penempatan saham itu akan digunakan untuk memajukan strategi pengeluaran Metal Bank di Projek Emas Livingstone yang menyasarkan pengeluaran awal daripada deposit Homestead selain membiayai program penerokaan di projek lain serta keperluan modal kerja syarikat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengarah Eksekutif JAG Datuk Ng Meow Giak berkata kedudukan kedua-dua syarikat yang saling melengkapi berpotensi mewujudkan sinergi jangka panjang apabila Metal Bank semakin menghampiri potensi pengeluaran selain membolehkan JAG meneroka peluang di luar operasi pemulihan sumber sedia adanya.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, JAG menyatakan anak syarikat milik penuhnya iaitu JAG Renewable Energy Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Kobe Steel Ltd untuk membeli sebidang tanah perindustrian pegangan bebas di Shah Alam, Selangor pada harga RM36.89 juta.

Katanya, cadangan pembelian tanah itu merupakan sebahagian daripada strategi kumpulan untuk meluaskan perniagaan TWM dan membangunkan keupayaan pemprosesan tambahan bagi aliran sisa perindustrian baharu.

Tanah itu juga bertujuan menyokong penubuhan barisan pemprosesan dan kemudahan baharu bagi merawat, meleraikan, mengasingkan, mengitar semula dan memulihkan bahan daripada peralatan yang tamat tempoh selain meningkatkan kapasiti pemprosesan dan penyimpanan sedia ada kumpulan.

-- BERNAMA