BERITA TERKINI   Jerebu: Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan minggu hadapan ditangguhkan -- KPM | Jerebu: Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan minggu hadapan ditangguhkan -- KKM | Projek Residensi Siswa Universiti Malaya mesti bebas ketirisan, tonjol nilai MADANI - PM Anwar | PM Anwar akan pantau sendiri Projek Residensi Siswa Universiti Malaya, mahu ia disiapkan lebih awal dari jadual | Persiapan MAHA 2028 dimulakan seawal Januari tahun depan, termasuk meneliti cadangan penambahbaikan -- Mohamad Sabu | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut 3.5 mata kepada 1,618.00, November 2026 turun dua mata kepada 1,620.00, manakala Disember 2026 merosot 16 mata kepada 1,611.00.

Sementara itu, kontrak Mac 2027 melonjak 12.5 mata kepada 1,624.50.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,725 lot berbanding 6,458 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,597 kontrak daripada 45,652 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 4.02 mata atau 0.24 peratus kepada 1,623.70 berbanding paras 1,627.72 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner