BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahirkan keprihatinan terhadap kesihatan, pendidikan pelajar susulan situasi jerebu - Fadhlina | Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang baharu - MKN | Malaysia percepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan IP Arm Ltd berlandaskan pengalaman 50 tahun dalam industri pembuatanĀ - Akmal Nasrullah | Hab semikonduktor persekutuan, negeri saling melengkapi, bukan pertindihan tugas antara satu sama lainĀ - Akmal Nasrullah | 

Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang mempercepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan harta intelek (IP) Arm Ltd berlandaskan asas pembuatan semikonduktor yang dibangunkan selama 50 tahun.

Langkah ini bagi memendekkan tempoh pembangunan dan memperluas keupayaan membangunkan IP tempatan.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Malaysia memanfaatkan kekuatan sedia ada dalam bidang pembuatan peringkat pemprosesan akhir selain menjalin kerjasama dengan rakan antarabangsa dalam bidang seni bina cip.

Ad Banner

“Kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri khususnya dari segi bakat dan kepakaran sejak beberapa dekad lepas. Kita membuktikan kepakaran dalam bidang pengujian, peralatan dan pembungkusan.

“Pada masa yang sama, dengan memanfaatkan kekuatan berkenaan, Malaysia memulakan kerjasama dengan Arm, contohnya, bagi mendapatkan akses kepada reka bentuk IP,” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak AI dan Semikonduktor Selangor (AiSEM) 2026 di sini hari ini.

Menurut Akmal gabungan ini membolehkan taman reka bentuk tempatan menghasilkan enam inovasi cip yang sedia dipasarkan dalam tempoh hanya dua tahun.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Terdahulu, beliau melancarkan secara rasmi enam cip buatan tempatan yang mempunyai anggaran potensi jualan keseluruhan sebanyak RM300 juta dan dibangunkan di Malaysia Semiconductor IC Design Park.

Ini sekali gus menandakan peralihan negara daripada konsep ‘Buatan Malaysia’ kepada ‘Dibuat oleh Malaysia’.

“Hab semikonduktor di peringkat Persekutuan dan negeri seharusnya saling melengkapi, bukannya bertindih antara satu sama lain bagi mewujudkan ekosistem nasional yang bersepadu dan bukannya pusat yang terasing.

“Berhubung kebimbangan mengenai kemungkinan pertindihan pelaburan antara rancangan Persekutuan dengan projek negeri seperti di Sarawak dan Selangor, setiap negeri mempunyai kelebihan tersendiri dalam rantaian nilai,” katanya.

Beliau memaklumkan Malaysia menyasarkan peningkatan kadar pekerja mahir kepada 35 peratus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan memperluas sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

“Menaik taraf keupayaan tenaga kerja kekal sebagai teras kepada hala tuju ekonomi kerajaan.

“Sebagai contoh, berdasarkan data 2025, kadar pekerja mahir kita adalah sekitar 31 peratus. Namun, di bawah RMK13, kita menetapkan sasaran untuk meningkatkan kadar itu kepada 35 peratus,” tambah beliau.

-- BERNAMA