BERITA TERKINI   MRL tawar diskaun 30 peratus tiket ekonomi ECRL selama sebulan mulai pertengahan November sempena pembukaan 12 Dis ini - Loke | KPWKM peruntuk hampir RM1 juta bantu wanita mangsa keganasan domestik yang berdepan masalah kewangan - Nancy | Tiada arahan dikeluarkan tangguh siasatan kes berkaitan Felda - PM Anwar | AMLA beku dana RM4.3 bilion, sita RM1 bilion berkaitan kegiatan mafia korporat sejak akhir 2022 hingga September 2026 - PM Anwar | RUU Entiti Milik Kerajaan perketat tatakelola agensi kerajaan sedang muktamadkan, diharap dibentang di Parlimen tahun ini - PM Anwar | 

Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Inflasi Menyederhana, Normalisasi OPR Jadi Tumpuan

Oleh Karina Imran dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama pada Selasa walaupun dolar AS juga mengukuh, disokong oleh inflasi domestik yang menyederhana dan jangkaan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0780/0850 berbanding dolar AS daripada 4.0805/0845 semasa ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat RM4.07 hingga RM4.08 berbanding dolar AS hari ini.

Menurutnya pelabur turut memantau risiko geopolitik di Asia Barat selepas tentera laut Iran melaporkan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas pangkalan tentera laut Konarak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kita kini memasuki tempoh berdiam, dengan pegawai Rizab Persekutuan AS tidak akan mengeluarkan kenyataan secara terbuka menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY), yang mengukur prestasi dolar AS berbanding sekumpulan mata wang utama meningkat 0.15 peratus kepada 101.989 mata.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5724/5770 daripada 2.5790/5817 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4274/4367 daripada 5.4369/4422.

Bagaimanapun, unit tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.5731/5809 daripada 4.5726/5771 sebelum ini.

Ringgit juga mengukuh berbanding kebanyakan mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 225.9/226.4 daripada 226.0/226.4 pada Isnin dan berbanding peso Filipina kepada 6.46/6.48 daripada 6.47/6.48.

Ringgit turut  naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1862/1919 daripada 3.1886/1920 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1373/1661 daripada 12.1451/1613.

-- BERNAMA