Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini menjejaki prestasi pasaran tunai.
Pada 9.45 pagi, kontrak Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 masing-masing meningkat 7.0 mata kepada 1,595.5, 1,595.0 dan 1,600.5 manakala Mac 2027 menokok 8.0 mata kepada 1,585.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,399 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,937 kontrak.
Selepas 45 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 6.09 mata kepada 1,601.84 daripada 1,595.75 semasa ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA