BERITA TERKINI   ASEAN perlu bersatu lindungi kanak-kanak daripada ancaman dalam talian yang semakin meningkat - Fahmi | Bilangan jenama di Lazada Malaysia meningkat 20 peratus kepada 21,756 pada September 2026, berbanding 18,147 pada September 2025 - Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia | Malaysia rancang mengadakan pertemuan dengan Singapura Disember ini bagi bincang kerjasama keselamatan dalam talian - Fahmi | Malaysia dan Indonesia sepakat memperkukuh kerjasama keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan Singapura berpotensi dilibatkan - Fahmi | PN mohon RoS tangguh pembatalan pendaftaran gabungan itu, tunggu penentuan mahkamah Khamis ini - Takiyuddin | 

Bank Muamalat Lancar Kad Kredit-i Awwal, Tawar Akses Pembiayaan Lebih Telus, Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Kad Kredit-i Awwal yang menawarkan akses kepada pembiayaan secara lebih telus, mampu milik dan berhemat yang berlandaskan prinsip Syariah.

Bank Muamalat menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan Kad Kredit-i Awwal itu dibangunkan berteraskan konsep pembiayaan bertanggungjawab menawarkan kadar keuntungan efektif 14 peratus setahun, tiada yuran tahunan serta menggunakan konsep keuntungan tidak berganda. 

Presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Datuk Khairul Kamarudin berkata pelancaran kad kredit-i tersebut mencerminkan komitmen Bank Muamalat untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih mudah diakses, telus dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Ad Banner

"Kad Kredit-i Awwal dibangunkan dengan mengambil kira keperluan pelanggan untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak, di samping memastikan kemudahan kredit digunakan secara bertanggungjawab. 

"Ini selari dengan aspirasi kami untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang memberi nilai sebenar dan menyokong kesejahteraan kewangan pelanggan," katanya dalam kenyataan itu. 

Pelancaran kad kredit-i tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersempena dengan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) ke-21, yang menjadi platform antarabangsa untuk industri kewangan Islam. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Disamping itu, pelanggan turut menikmati perlindungan Takaful percuma bagi baki tertunggak sebagai manfaat promosi sempena pelancaran kad tersebut, tertakluk kepada terma dan syarat.

Kad Kredit-i Awwal boleh dipohon bermula hari ini melalui laman sesawang atau di cawangan Bank Muamalat. 

-- BERNAMA