FBM KLCI Meningkat Ketika Akhiri Dagangan Pagi Walaupun Pasaran Meluas Lemah
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi walaupun prestasi pasaran secara meluas adalah lemah.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.22 mata atau 0.20 peratus kepada 1,598.97 berbanding 1,595.75 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks barometer pasaran itu yang dibuka pada paras terendah harian 1,592.57, mencecah paras tertinggi 1,602.83 semasa sesi dagangan pagi.
Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 659 berbanding 244 manakala 473 kaunter tidak berubah, 1,464 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.53 bilion unit bernilai RM968.68 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini memaklumkan bursa tempatan mungkin diniagakan bercampur-campur hari ini berikutan aktiviti jualan berterusan oleh pelabur asing dan ketidaktentuan global yang boleh mengehadkan potensi kenaikan pasaran secara keseluruhan.
“Bagaimanapun, sentimen sektor teknologi yang bertambah baik dan pertumbuhan eksport yang kukuh pada September dijangka memberikan sokongan,” menurutnya.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lapan sen kepada RM9.98, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.74, CIMB menokok satu sen kepada RM7.16, SD Guthrie tidak berubah pada RM5.60 manakala Petronas Gas susut dua sen kepada RM17.18
Dalam dagangan aktif, Ni Hsin menokok dua sen kepada 46.5 sen, Top Glove meningkat 1.5 sen kepada 90.5 sen, Zetrix AI tidak berubah pada lima sen, VS Industry susut setengah sen kepada 33.5 sen manakala EGH menurun dua sen kepada 10 sen.
Bagi kaunter paling untung, Nestle meningkat 40 sen kepada RM90.30, LPI Capital naik 16 sen kepada RM12.92, Mega Fortris menokok 12 sen kepada RM3.27 manakala RHB Bank meningkat 10 sen kepada RM7.30.
Antara saham paling rugi, Malaysian Pacific menyusut 30 sen kepada RM40.02, Kuala Lumpur Kepong rendah 28 sen kepada RM19.88 manakala UWC dan Hong Leong Industries masing-masing berkurangan 20 sen kepada RM7.10 dan RM16.20.
Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 susut 58.68 mata kepada 17,075.05, Indeks FBM Emas meningkat 2.89 mata kepada 11,912.59 manakala Indeks FBM Top 100 naik 7.11 mata kepada 11,712.33.
Indeks FBM Emas Syariah menurun 24.31 mata kepada 11,849.88 manakala Indeks FBM ACE rendah 73.97 mata kepada 5,319.32.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.02 mata kepada 174.08, Indeks Perladangan merosot 79.31 mata kepada 8,574.06, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 90.21 mata kepada 18,581.19 manakala Indeks Tenaga susut 1.93 mata kepada 821.63.
-- BERNAMA