BERITA TERKINI   Sukan Para Asia 2026: Atlet para olahraga negara, Wong Kar Gee raih emas acara lompat jauh T12 | Bacaan IPU dikeluarkan JAS kekal sebagai rujukan tentukan kualiti udara negara - Arthur | Penjawat awam yang tidak laksana arahan hentikan penggunaan Waze boleh dikenakan tindakan disiplin - KP MKN | Isu Waze: Kerajaan ambil pendekatan berfasa lindungi keselamatan data - KP MKN | Aplikasi Waze beri ancaman tinggi kepada negara, data penggunaan terikat undang-undang Israel - Ketua Eksekutif Nacsa | 

Bursa Malaysia Mendatar Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia mendatar dalam dagangan awal pada Khamis apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan kekurangan pemangkin.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.25 mata atau 0.14 peratus kepada 1,604.52 daripada 1,602.27 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka tinggi 2.49 mata kepada  1,604.76.

Ad Banner

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 188 berbanding 161 manakala 266 kaunter tidak berubah, 2,285 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan Bursa Malaysia sebanyak 202.13 juta unit bernilai RM75.98 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran secara keseluruhan kekal berhati-hati, seperti yang dicerminkan oleh nilai dagangan rendah sebanyak RM2.58 bilion semalam.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Berikutan kurangnya keyakinan dalam kalangan pelabur untuk membeli saham, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,595 hingga 1,610 hari ini,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM9.98, Public Bank naik dua sen kepada RM4.75, CIMB meningkat satu sen kepada RM7.15, IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.94, manakala YTL Power susut satu sen kepada RM5.33.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM9.98, Public Bank naik dua sen kepada RM4.75, CIMB meningkat satu sen kepada RM7.15, IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.94, manakala YTL Power susut satu sen kepada RM5.33.

Dalam dagangan aktif, RedPlanet, yang baharu disenaraikan di Pasaran ACE melonjak lapan sen kepada 27 sen, JAKS meningkat setengah sen kepada 17.5 sen, Zetrix AI tidak berubah pada lima sen, manakala Ni Hsin susut setengah sen kepada 47 sen.

UWC menerajui senarai kaunter paling untung dengan kenaikan 12 sen kepada RM7.42. Vitrox dan Wesports masing-masing melonjak 10 sen kepada RM10.78 dan RM6.87, manakala MISC meningkat tujuh sen kepada RM8.37.

Antara kaunter paling rugi, Kim Loong susut lapan sen kepada RM2.47, PPB turun lima sen kepada RM8.55, manakala Binastra dan Southern Steel masing-masing merosot empat sen kepada RM2.76 dan 42 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 12.68 mata kepada 11,968.54, manakala Indeks FBM Top 100 menambah 11.64 mata kepada 11,766.07.

Indeks FBM Mid 70 susut 3.23 mata kepada 17,208.37, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 10.22 mata kepada 11,921.10, manakala Indeks FBM ACE menambah 10.95 mata kepada 5,391.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 30.22 mata kepada 18,638.91, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut sedikit sebanyak 0.18 mata kepada 175.21, Indeks Perladangan menambah 9.57 mata kepada 8,629.69, manakala Indeks Tenaga naik sedikit sebanyak 0.38 mata kepada 821.61.

-- BERNAMA