Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas sentimen pasaran dipengaruhi oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya.
Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata kebimbangan terhadap peningkatan dalam inventori minyak sawit Malaysia dan jangkaan rekod pengeluaran minyak sawit Oktober telah melembapkan sentimen pasaran. “Kami melihat sokongan serta-merta pada paras RM4,600 setan, manakala rintangan dijangka pada RM4,800, dengan hala tuju pasaran berkemungkinan kekal sensitif terhadap pergerakan harga minyak kacang soya dan tenaga,” katanya kepada Bernama.
Pada penutupan, kontrak November 2026 turun RM73 kepada RM4,522 satu tan, Disember 2026 susut RM70 kepada RM4,662 dan Januari 2027 merosot RM50 kepada RM4,767.
Februari 2027 berkurangan sebanyak RM30 kepada RM4,868 satu tan, Mac 2027 jatuh RM11 kepada RM4,957 dan April 2027 adalah RM3 lebih rendah kepada RM5,014.
Jumlah dagangan merosot kepada 119,654 lot berbanding 142,270 yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 335,340 kontrak daripada 334,160 sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk November Selatan kehilangan RM10 kepada RM4,550 satu tan.
-- BERNAMA