BERITA TERKINI   BN umum calon PRN Melaka Sabtu ini - TPM Ahmad Zahid | Sukan Para Asia 2026: Perenang Muhammad Nur Syaiful Zulkafli pertahan emas 100m kuak dada lelaki SB4, pecah rekod temasya | Insentif RM700 seorang kepada pengamal media swasta berdaftar dengan enam persatuan media di Sarawak - Premier | Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri, RM700 untuk penjawat awam Persekutuan berkhidmat di Sarawak - Premier | Indonesia cadang kerjasama dengan Malaysia, iktiraf warisan Melayu termasuk tulisan Jawi di peringkat antarabangsa - Fahmi | 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Utama Lain

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama lain, disokong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang berdaya tahan.

Pada 6 petang, ringgit mencatat 4.0790/0825 berbanding dolar AS daripada paras penutupan Selasa pada 4.0805/0845.

Ad Banner

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan anggaran awalnya pada 16 Okt, 2026, mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang pada 5.3 peratus bagi suku ketiga 2026 berbanding pertumbuhan 6.0 peratus dalam suku sebelumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata komitmen kerajaan terhadap aspek disiplin fiskal serta Belanjawan 2027 yang masih bersifat mengembang, kekal menyokong momentum pergerakan ringgit.

“Perkembangan positif sedemikian memberikan sokongan kukuh kepada ringgit,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ini termasuk naik berbanding yen Jepun kepada 2.5790/5814 daripada 2.5803/5830 pada Selasa selain meningkat sedikit berbanding euro kepada 4.5770/5810 daripada 4.5771/5816.

Bagaimanapun, ringgit ditutup rendah berbanding pound Britain kepada 5.4642/4689 daripada 5.4475/4528.

Ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN lain.

Unit tempatan itu naik berbanding rupiah Indonesia kepada 226.2/226.7 daripada 226.8/227.1 serta meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.44/6.45 daripada 6.47/6.48, semalam.

Namun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1917/1947 daripada 3.1914/1950 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.1287/1434 daripada 12.1241/1411, semalam.

-- BERNAMA