BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | MY EG turut dikenakan tindakan saman sivil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini - Zetrix AI | MY EG Sdn Bhd terima taksiran cukai pendapatan tambahan daripada LHDN berjumlah RM353.13 juta, termasuk penalti, bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023 - Zetrix AI | 

Untung Bersih Suku Kedua DXN Holdings Naik Kepada RM91.28 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat jualan langsung produk kesihatan dan kesejahteraan DXN Holdings Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM91.28 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos, 2026 daripada RM70.25 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu memaklumkan hasil meningkat 5.2 peratus kepada RM506.80 juta daripada RM481.20 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Peningkatan itu dipacu oleh momentum pertumbuhan berterusan dan penglibatan aktif ahli-ahlinya di Peru dan Bolivia, dengan jualan masing-masing meningkat 13.7 peratus dan 49.3 peratus. Jualan di India turut naik 10.7 peratus.

Ad Banner
Ad Banner

Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Ogos, 2026, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM149.82 juta daripada RM144.17 juta pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hasil merosot 1.1 peratus kepada RM949.83 juta daripada RM960.3 juta dalam tempoh sama tahun lepas berikutan jualan lebih perlahan di Maghribi dan jualan eksport yang rendah ke Timur Tengah telah mengimbangi keuntungan yang dicatatkan di pasaran lain.

Pada masa hadapan, DXN menjangkakan hasil dan keuntungan terus meningkat, disokong oleh tiga pemacu struktur, iaitu pengembangan kapasiti huluan, peluasan jejak pembuatan di peringkat pertengahan dan asas pengguna hiliran sedia ada yang berdaya tahan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Walaupun kami berdepan cabaran di beberapa rantau, kekuatan bagi keseluruhan rangkaian operasi global kami yang pelbagai dan operasi bersepadu dari ladang hingga ke meja pengguna yang berdaya tahan mengukuhkan keyakinan kami terhadap prospek pertumbuhan pada masa hadapan,” tambahnya.

-- BERNAMA