BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | MY EG turut dikenakan tindakan saman sivil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini - Zetrix AI | MY EG Sdn Bhd terima taksiran cukai pendapatan tambahan daripada LHDN berjumlah RM353.13 juta, termasuk penalti, bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023 - Zetrix AI | Pemeteraian CSA Kerajaan MADANI dengan Bersatu dan pembangkang jadi landasan perkukuh kestabilan politik, agenda pembangunan negara - Anwar | Laporan kaitkan JCorp dengan kebakaran hutan di Indonesia tidak berasas, palsu - MB Johor | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Penjualan Olein Sawit Di Dalian

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE).

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata penurunan harga MSM turut didorong oleh kelemahan niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan penurunan harga tenaga.

Ad Banner
Ad Banner

“Selain itu, pasaran bimbang terhadap kemungkinan meningkatnya stok minyak sawit Malaysia yang berterusan walaupun prestasi eksport pada Oktober lebih kukuh, memandangkan pengeluaran masih belum menunjukkan sebarang penurunan ketara,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 susut RM63 kepada RM4,391 satu tan, Disember 2026 turun RM61 kepada RM4,530 satu tan dan Januari 2027 merosot RM69 kepada RM4,616 satu tan.

Kontrak Februari 2027 merosot RM77 kepada RM4,700 satu tan, Mac 2027 turun RM82 kepada RM4,773 satu tan dan April 2027 susut RM89 kepada RM4,821 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 110,477 lot daripada 66,192 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 339,545 kontrak daripada 338,941 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan susut RM80 kepada RM4,400 satu tan.

-- BERNAMA