BERITA TERKINI   PRN Melaka: Pendekatan kempen PH tolak politik kebencian, adu domba, tindas kaum lain - Saifuddin Nasution | PRN Melaka: PH bertanding 24 kerusi, BN (23), Bersama (16), Bersatu (tujuh), PN (lima), Putra (satu) dan Bebas (tiga) - Pengerusi SPR | Seramai 79 calon daripada pelbagai parti disahkan bertanding pada PRN Melaka ke-16 - Pengerusi SPR | PRN Melaka: Pertembungan tiga penjuru di DUN Machap Jaya babitkan calon PH, BN, BERSAMA - Pegawai Pengurus Pilihan Raya | PRN Melaka: Calon BN Akmal Saleh berhadapan saingan satu lawan satu menentang calon PH Rahayu Hamzah di DUN Merlimau | 

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sistem kewangan.

Bank pusat itu melaksanakan operasi mudah tunai harian sepanjang minggu ini menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam, merangkumi perjanjian komoditi murabahah bercagar serta perjanjian jual dan beli semula, bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM36.40 bilion daripada RM43.10 bilion pada minggu sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam meningkat kepada RM36.40 bilion daripada RM28.10 bilion pada akhir minggu lepas.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 29 Okt, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner