Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.30 pagi, kontrak November 2026 dan Mac 2027, masing-masing meningkat 3.0 mata kepada 1,624.0 dan 1,609.5, Disember 2026 menambah 4.0 mata kepada 1,626.5 dan Jun 2027 dicatatkan pada 1,606.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,437 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,895 kontrak.
Selepas 55 minit dagangan, FBM KLCI naik 3.76 mata kepada 1,623.27 daripada 1,619.51 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA