Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, walaupun pasaran tunai meraih keuntungan.
Pada penutupan, kontrak November 2026 turun lima mata kepada 1,616.0, Disember 2026 kurang 5.5 mata kepada 1,617.0, Mac 2027 susut 7.5 mata kepada 1,599.0, manakala Jun 2027 merosot enam mata kepada 1,599.0.
Jumlah dagangan jatuh kepada 6,748 lot berbanding 7,833 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 44,275 kontrak daripada 44,918 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.34 mata atau 0.14 peratus kepada 1,621.85 daripada 1,619.51.
-- BERNAMA