BERITA TERKINI   Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | Usaha Sama TRC Synergy-CCCC-Ufuk Semarak peroleh kontrak kerja bagi LRT Pulau Pinang bernilai RM2.69 bilion | Peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta merta apabila Najib pulang ke rumah - LokeĀ  | Malaysia teliti kesan kekalahan parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal AS terhadap hubungan dua hala - PM Anwar | 

Untung Bersih Maxis Suku Ketiga 2026 Melonjak Kepada RM447 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan bagi suku berkenaan meningkat 3.7 peratus kepada RM2.68 bilion daripada RM2.58 bilion disumbangkan oleh pertumbuhan perolehan perkhidmatan sebanyak 1.1 peratus serta peningkatan perolehan daripada penjualan peranti.

Maxis menyatakan segmen perniagaan pengguna mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 1.3 peratus kepada RM1.84 bilion.

Ad Banner
Ad Banner

"Pertumbuhan ini disumbangkan oleh segmen pascabayar yang menyaksikan peningkatan asas langganan sebanyak 4.4 peratus kepada 4.27 juta pelanggan. 

"Ini sekali gus menyumbang kepada peningkatan perolehan kepada RM979 juta, disokong oleh pendekatan bersasar dalam mendapatkan pelanggan daripada pelbagai segmen,” jelasnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi segmen prabayar pula, menurut Maxis, perolehan yang dicatatkan berjumlah RM611 juta, susut sebanyak 0.8 peratus berikutan pelaksanaan garis panduan baharu pendaftaran prabayar.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Maxis memberitahu, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2026, keuntungan bersih syarikat naik kepada RM1.3 bilion daripada RM1.18 bilion pada 2025 manakala hasil bertambah kepada RM8.07 bilion daripada RM7.75 bilion.

Mengenai prospek bagi tahun penuh, Maxis memaklumkan panduannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 ialah peningkatan satu digit rendah dalam hasil perkhidmatan.

 Selain itu, prospek bagi pertumbuhan satu digit rendah dalam keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) serta intensiti perbelanjaan modal sekitar 10 peratus daripada jumlah perolehan.

Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim ketiga satu peringkat yang dikecualikan cukai sebanyak 4.5 sen sesaham yang akan dibayar pada 22 Dis, 2026 dengan tarikh kelayakan ditetapkan pada 30 Nov, 2026.

-- BERNAMA