Niaga Hadapan KLCI Jangka Didagangkan Dalam Aliran Menaik Minggu Hadapan
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu hadapan seiring dengan pendasar pasaran tunai, yang mana indeks penanda aras dilihat bergerak dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pengumpulan terpilih berkemungkinan menyokong pasaran tunai pada paras yang lebih rendah, walaupun turun naik secara berselang-seli tidak boleh diketepikan.
Pada minggu yang baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI didagangkan kebanyakannya lebih rendah sejajar dengan pendasar pasaran tunai.
Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak November 2026 turun 3.0 mata kepada 1614.5, Disember 2026 susut 3.5 mata kepada 1,616.5 dan Mac 2027 merosot 6.0 mata kepada 1,599.0, manakala kontrak bulan baharu Jun 2027 berada pada 1,599.0.
Jumlah dagangan mingguan mengecil kepada 39,792 lot pada hari Jumaat berbanding 184,720 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,731 kontrak daripada 51,161 kontrak.
Dari Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik 0.98 mata kepada 1.616,58 daripada 1.615.60 mata sebelum ini.
-- BERNAMA