Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, bertentangan dengan trend positif di kebanyakan pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 11.19 mata kepada 1,584.00 daripada 1,595.19 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.61 mata kepada 1,591.58 dan berada antara 1,584.00 dan 1,592.89 pada sesi dagangan pagi.
Pasaran secara menyeluruh kekal negatif, dengan 617 kaunter rugi mengatasi 268 kaunter untung manakala 433 kaunter tidak berubah, 2,774 kekal tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.72 bilion unit bernilai RM962.11 juta.
Pada peringkat serantau, Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai menambah 0.24 peratus kepada 3,654.95, Indeks Straits Times Singapura naik 0.04 peratus kepada 24,092.89, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan meningkat 0.11 peratus kepada 5,381.38 dan Nikkei 225 Jepun menokok 0.07 peratus kepada 5,381.38.
Sebaliknya, Indeks Hang Seng Hong Kong menurun 0.92 peratus kepada 24,092.89.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI terus menurun berikutan aktiviti jualan berkemungkinan daripada dana asing yang berterusan.
Katanya aktiviti jualan terpilih dalam saham perbankan turut ketara berikutan dana tertentu dijangka menyusun semula portfolio pelaburan menjelang penambahan 20 saham dalam indeks petunjuk pasaran yang dijangka menurunkan wajaran saham sektor perbankan.
“Bagaimanapun, kami melihat paras semasa sebagai peluang terbaik untuk pelabur yang mencari saham pada harga rendah dan menjangka indeks berada dalam julat 1,590 hingga 1,605 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB menurun tujuh sen kepada RM7.01, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.52, Tenaga Nasional menyusut 22 sen kepada RM12.74 dan IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM7.72 manakala Maybank mendatar pada RM9.95.
Dalam dagangan aktif, V.S Industry dan Nexgram, masing-masing menurun setengah sen kepada 29 sen dan 5.5 sen, GIIB Holdings berkurangan 3.5 sen kepada 12 sen, Ni Hsin merosot dua sen kepada 8.5 sen manakala MAG Holdings mendatar pada 15.5 sen.
Kaunter paling untung ialah United Plantations meningkat 98 sen kepada RM31.22, Malaysian Pacific Industries naik 22 sen kepada RM38.52, Vitrox Corp menambah 14 sen kepada RM10.20, Hong Leong Financial Group menokok 18 sen kepada RM17.66 dan MISC naik 17 sen kepada RM7.87.
Kaunter paling rugi ialah Nestle merosot 74 sen kepada RM94.80, Fraser & Neave menurun 48 sen kepada RM20.06, Allianz Malaysia berkurangan 46 sen kepada RM19.14, Batu Kawan dan Hong Leong Industries, masing-masing menyusut 40 sen kepada RM19.00 dan RM16.40.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 77.11 mata kepada 11,800.67 dan Indeks FBM Top 100 menurun 74.01 mata kepada 11,625.34.
Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 83.63 mata kepada 11,787.82, Indeks FBM ACE menurun 60.50 mata kepada 5,246.00 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 74.55 mata kepada 17,043.31.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 72.22 mata kepada 18,418.99, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.75 mata kepada 170.69, Indeks Tenaga menyusut 3.70 mata kepada 785.31 manakala Indeks Perladangan melonjak 79.96 mata kepada 8,807.89.
-- BERNAMA