BERITA TERKINI   Turkiye jadi alternatif ganti misil NSM Norway bagi kapal LCS - Mohamed khaled  | Malaysia, China perlu terus bekerjasama tingkatkan inovasi, kerjasama industri dan pembangunan bakat bagi wujudkan nilai lebih baik kepada perniagaan dan rakyat - PM Anwar  | Naib Presiden Indonesia Gibran telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) dan Presiden Prabowo. - Speaker MPR Ahmad Muzani | MITI lancar aplikasi mudah alih MySaham MITI bagi mudahkan pelabur bumiputera yang layak mohon Saham Khas Bumiputera, semak keputusan permohonan - Johari | 

Malaysia-China Perlu Perluas Kerjasama Melangkaui Perdagangan, Pelaburan Tradisional – PM Anwar

SERI KEMBANGAN, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia dan China perlu memperluas kerjasama ekonomi melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional dengan memberikan penekanan lebih besar kepada inovasi, kerjasama industri serta pembangunan bakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai ekonomi yang saling melengkapi dan berpotensi besar untuk memperdalam kerjasama dalam bidang yang mampu menjana nilai lebih besar kepada sektor perniagaan dan masyarakat kedua-dua negara.

“Kerjasama kita melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kita perlu terus bekerjasama dalam meneroka inovasi, memperkukuh kerjasama industri, membangunkan bakat serta mewujudkan nilai lebih besar kepada sektor perniagaan dan rakyat,” katanya menerusi ucaptama dalam rakaman video sempena Persidangan Usahawan Malaysia-China Ke-16 anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) di sini hari ini.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada MCCC atas penganjuran persidangan itu yang disifatkannya sebagai platform penting untuk memperkukuh hubungan perniagaan, meningkatkan persefahaman serta membuka peluang baharu antara kedua-dua negara.

Beliau berkata persidangan itu juga berpotensi menjadi pemangkin kepada cetusan idea baharu dan mempererat hubungan antara komuniti perniagaan Malaysia dan China.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Semoga persidangan ini membuka peluang baharu, mencetuskan idea segar dan merapatkan lagi hubungan antara komuniti perniagaan kita,” katanya.

Anwar turut menyeru supaya usaha berterusan dipergiat bagi memperkukuh persahabatan antara Malaysia dengan China serta membina masa depan yang lebih cerah untuk kedua-dua negara.

-- BERNAMA