BERITA TERKINI   Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM3,000 - Menteri Besar | Barisan Nasional tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak - Ahmad Zahid | PH akan adakan mesyuarat minggu depan, laksana post-mortem keputusan PRN Melaka - Fahmi | Kementerian Komunikasi teliti kewajaran wajibkan WhatsApp sahkan identiti, nombor telefon bagi kekang sindiket penipuan - Fahmi  | Kementerian Komunikasi, Jabatan Wilayah Persekutuan laksana projek rintis sistem keselamatan warga emas di Razak Mansion - Fahmi | 

Sabah Perluas Geran SME-UP Kepada Sektor Perkhidmatan Tahun Depan - Ewon

BELURAN, 15 Nov (Bernama) -- Sabah akan memperluas skop bantuan Geran SME-UP kepada sektor perkhidmatan di negeri itu pada tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan negeri berkata program skim bantuan geran khas yang ditawarkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) itu, sebelum ini hanya terbuka kepada sektor pembuatan serta perkilangan.

"Peruntukan melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) bagi membantu PKS meningkatkan kapasiti, daya saing dan pembangunan perniagaan di negeri ini khusus untuk sektor perkilangan dan pembuatan melibatkan mesin, daripada satu bahan mentah kepada satu bahan hingga produk akhir.

Ad Banner
Ad Banner

"Tetapi, sepanjang hampir satu tahun di kementerian ini, saya banyak menerima permintaan daripada pengusaha PKS (yang bertanya) bagaimana dengan sektor perkhidmatan pelancongan, klinik, guaman termasuk peruncitan yang turut memberi perkhidmatan kepada pelanggan serta peluang pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian sambutan mini Karnival Hari Penjaja Peniaga Kecil (HPPK) 2026 Edisi Beluran, di sini, hari ini.

Ewon berkata perkara tersebut telah dikemukakan kepada kabinet negeri dan yakin akan dimasukkan dalam Belanjawan Sabah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau turut memberi komitmen bahawa kementeriannya akan sentiasa meneroka dan memperkenal inisiatif baharu bagi membantu sekali gus menyokong pengusaha PKS berkaitan untuk memastikan mereka terus mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

"Pada 18 Nov ini, saya selaku Pengerusi Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah akan mempengerusikan mesyuarat pertama majlis dan ini platform terbaik bagi mendengar suara dan keperluan golongan ini," katanya.

Mengenai program HPPK 2026, Ewon berkata sambutan mini Karnival itu merupakan pengiktirafan Kerajaan Negeri Sabah kepada peranan dan sumbangan komuniti PKS negeri.

Selain edisi Beluran, program berkenaan turut dijadual berlangsung di tiga daerah lain iaitu Kota Marudu, Putatan dan Kota Belud sepanjang November dan Disember ini.

-- BERNAMA