BERITA TERKINI   Malaysia berjaya mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini kendatipun dunia digasak pelbagai pancaroba - PM Anwar | Tindakan kerajaan menangani krisis Asia Barat dan reformasi Ekonomi MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi negara - PM Anwar | Langkah proaktif Kerajaan MADANI bantu Malaysia kekalkan pertumbuhan KDNK yang kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan luaran - PM Anwar | Malaysia tidak terlalu bergantung pada satu sektor sahaja seperti AI berikutan struktur ekonominya yang pelbagai – Gabenor BNM | Impak langkah kawalan cip terbaharu AS masih belum dapat dipastikan - Gabenor BNM | 

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah sedikit pada tengah hari ini, meskipun sentimen keseluruhan pasaran terus positif susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2026.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku sama tahun lepas, didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta eksport yang lebih kukuh.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.88 mata atau 0.31 peratus kepada 1,570.27 daripada paras 1,575.15 ketika ditutup pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks penanda aras itu, yang dibuka 0.70 mata lebih rendah pada 1,574.45, bergerak antara 1,564.71 dengan 1,575.23 sepanjang sesi dagangan pagi.

Sentimen pasaran secara menyeluruh adalah positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 488 berbanding 417. Sebanyak 420 kaunter tidak berubah, manakala 1,458 kaunter tidak diniagakan dan 14 kaunter digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM1.14 bilion.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata pasaran Asia merosot susulan beberapa faktor yang menjejaskan sentimen pasaran antaranya jualan meluas saham teknologi apabila Amerika Syarikat (AS) mengenakan kawalan eksport cip yang lebih ketat, kebimbangan baharu terhadap ekosistem kecerdasan buatan (AI) serta perkembangan berkaitan firma Nvidia.

Pelabur ketika ini menunggu keputusan kewangan Nvidia bagi mendapatkan petunjuk mengenai perbelanjaan infrastruktur AI, pembiayaan serta kemampanan pertumbuhan menjelang 2027, menurut bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut empat sen kepada RM9.93 dan RM4.52, manakala CIMB turun satu sen kepada RM7.03. Tenaga Nasional menambah enam sen kepada RM12.64, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.96.

Bagi saham paling aktif, MMAG naik setengah sen kepada 2.5 sen, V.S Industry menambah satu sen kepada 25.5 sen, MYDCD meningkat 3.5 sen kepada 48.5 sen dan Nationgate naik 10 sen kepada RM1.55, manakala MAG Holdings tidak berubah pada 16 sen.

Antara saham paling untung, Malaysian Pacific Industries meningkat 72 sen kepada RM36.42, UWC menambah 35 sen kepada RM5.93, Kelington Group naik 31 sen kepada RM7.11, MI Technovation melonjak 27 sen kepada RM5.71 dan ViTrox meningkat 23 sen kepada RM9.23.

Nestle mendahului senarai saham rugi apabila susut 72 sen kepada RM94.54, manakala Kuala Lumpur Kepong dan Batu Kawan masing-masing turun 28 sen kepada RM20.84 dan RM18.90. Dutch Lady merosot 18 sen kepada RM28.00, manakala BLD Plantation susut 16 sen kepada RM14.80.

Dalam kalangan indeks, Indeks FBM Emas menambah 9.18 mata kepada 11,621.73, manakala Indeks FBM ACE melonjak 78.61 mata kepada 4,836.99.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 39.70 mata kepada 11,576.33, Indeks FBM Mid 70 melonjak 160.48 mata kepada 16,565.88 dan Indeks FBM Top 100 naik 1.87 mata kepada 11,466.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 73.60 mata kepada 18,367.31, Indeks Perladangan merosot 83.43 mata kepada 8,736.86 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun sedikit sebanyak 0.27 mata kepada 166.67. Sebaliknya, Indeks Tenaga meningkat 10.51 mata kepada 767.68.

-- BERNAMA