Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 10.5 mata kepada 1,564.0 dan 1,565.5.
Kontrak Mac 2027 turun 11.5 mata kepada 1,547.0, manakala Jun 2027 berkurangan 9.5 mata kepada 1,549.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 8,036 lot daripada 10,616 lot semalam, manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,853 kontrak daripada 45,385 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 8.42 mata kepada 1,566.73 daripada paras 1,575.15 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA